Saturday, January 29, 2011

NASI LEMAK LAGENDA, KG. DARAT

Share
Dekat Kedah bukan setakat ada lagenda Mahsuri, tapi juga ada lagenda nasik lemak.. Nasik Lemak Lagenda, Kg. Darat terletak kira-kira 5-6 kilometer daripada UUM.. Kalau anda students UUM tapi tak pernah tahu kewujudan Nasik Lemak Kg. Darat, lokasi cuma terletak beberapa meter dari sign board ini...

Nasi lemak kampung daratNasi lemak kampung darat

Haaa... So jam 5 pagi tadi, kami berangkat ke Changkat Setoi, tempat di mana letaknya nasik lemak lagenda neh... 9 orang termasuk geng-geng blogger Amal Meor meredah kedinginan pagi. Pelik? Tak... Semua orang yang kenal Nasik Lemak ini tahu, betapa pentingnya bangun seawal ini semata-mata untuk menikmati makanan yang popular di kalangan warga Lembah Sintok.

Nasi lemak kampung daratNasi lemak kampung darat

Tapi, ada perkara-perkara wajib yang anda perlu tahu... Pertama, jangan nak mimpi bangun pagi pukul 8 nak carik nasik lemak neh.. Kalau jenis yang tak pernah bangun pagi, boleh lah sekadar kirim dari rakan sebab masa operasi terbaik mereka adalah seki
tar jam 6-8 pagi... Selepas dari waktu itu boleh lah nak meroyan ke apa.. Nasik lemak habis... Kalau musim exam pulak biasanya sekitar pukul 4 pagi dah boleh mula melantak dah..

Kedua..... Nasik lemak di sini harganya ribuan dan mungkin mencecah ju
taan ringgit... T______T Walaupon gerai dia sekadar layak menjadi tempat berteduh ketika halilintar memancar, tapi harga nasik lemaknya memang antara 'yang paling mahal di dunia...' T_____T (lagi)... Tak apa, jangan rasa kecewa.. InsyaAllah, anda akan diberi rezeki melimpah ruah bila makan di sini... Bila lagi nak makan makanan jutaan ringgit kan... Tak percaya? Boleh lah cuba.. Hoho..

Nasi lemak kampung darat

Rasanya memang lemak... Tak ada istilah nasik lemak kurang lemak atau nasik lemak low fat.. Tak ada gaya langsung bunyi dia.. Kalau anda selalu datang ke keda
i-kedai untuk bersarapan pagi, mungkin pernah mengalami kejadian nasik lemak yang tidak begitu lemak..$%&@$&.. Lagi pulak ditambah dengan sambal nasik lemak yang tak ada rasa.. Rasa sambal pon tidak, masin pon tidak.. Yang ada cuma cili dan minyak punya banyak.. Mesti rasa hangin bukan?

Nasi lemak kampung daratNasi lemak kampung daratNasi lemak kampung daratNasi lemak kampung daratNasi lemak kampung daratNasi lemak kampung daratNasi lemak kampung darat

Tapi dekat sini nasik lemak mereka boleh kata perfect... Nasik yang baik, dan lauk yang terbaik, segar dari ladang... Kalau anda bosan makan nasik lemak ikan bilis, nasik lemak telur dadar, nasik lemak ayam, dekat sini anda boleh mengubah selera sebab lauk dia sungguh variety.. Ada lauk kari ayam, ikan keli goreng, sotong, daging masak kicap, sambal telur, kerang, lobster, tuna, salmon bakar, pari bakar hahahahahahoverkankankan... Tak tak.. Lobster, tuna, salmon dengan pari sekadar hiperbola tak ada tujuan...

Kebiasaannya gerai ini memang penuh i tell you.. Kalau nak dapat ayam goreng
pon punyalah macam nak pergi perang.. Kalau yang jenis sopan memang dapat setakat kepak saja lah... Kalau bulan Ramadhan atau musim exam lagi lah dahsyat. Jadi kalau memang nak datang sini, datanglah seawal mungkin.. Kalau boleh waktu tauke tengah tidur pon tak apa... Asalkan dapat makan dengan heaven... Jangan risau, anda tak akan menyesal ke sini...

Nasi lemak kampung darat
Nasi lemak kampung darat

So, terima kaseh kepada krew-krew yang terlibat dalam pembikinan review Nasik Lemak Lagenda lembah Sintok ini termasuk blogger-Amal Meor... Bangun dan keluar dari kolej jam 5 pagi mungkin kerja gila untuk orang lain.. Tapi demi nasik Lemak Lagenda, jangan heran U.K murka... T____T Sekian.

Hye Facebookers!

Followers

Recent Comments

Powered by Disqus