Friday, January 21, 2011

MARI MENJADI SLIM SEPERTI HANIS ZALIKHA

Share
Antara perkara paling banyak menjadi azam baru tahun ini ialah azam menjadi kurus.. Menjadi kurus mestilah seperti Hanis Zalikha atau Rozita Che Wan dan bukan seperti tong, seekor elephant, atau sebuah bulldozer. KAH KAH KAH.. Jangan terasa.. T___T Menjadi kurus tak mudah.. Pernah tengok The Biggest Loser? Mereka tak pernah bersenang lenang makan kentaki pastu tetiba jadi Hanis Zalikha.. Tak.. Tak... Mereka berkeja keras dan sungguh komited.. Ohya, saya berjaya menguruskan badan sepanjang sebulan tempoh hari.. Jangan gelak... Tak caya boleh tanya rakan.. Mari saya kongsikan beberapa tips menjadi Hanis Zalikha kurus.

1. Tontonlah The Biggest Loser dengan berlapang dada. Maksudnya, jangan lah tengok The Biggest Loser pastu sentap; "Apahal dia ni macam badan aku je ni, terasa betul dengan TV ni laa.."..Jangan okay.. Menonton The Biggest Loser selalunya memberi semangat berkobar-kobar dalam jiwa untuk menjadi kurus. Bila kita melihat orang seperti tong pastu tetiba menjadi kancil, mesti akan membawa kita ke alam keterujaan yang maksima. Semangat pon mula berkobar-kobar nak ikut jejak mereka.. Sterusnya....

2.Jangan lah malas bersenam.. Kan berbeza bila kita tengok The Biggest Loser bersenam sampai termuntah-muntah, tapi kita di Malaysia bermakan sampai termuntah-muntah.. Beza tak? Beza tak? Jogging adalah senaman paling hebat untuk mereka yang mahu kurus. Cuba push diri anda melangkaui limit kemampuan anda untuk berjoging.. Cuba letakkan target untuk pergi lebih jauh atau lebih kilometer semasa berjoging hari demi hari... Kalau perlu, mungkin boleh minum Shell ke apa HAHAHA... Paling penting, jangan gunakan nama berjoging tapi sebenarnya lebih banyak berjalan dari berlari... Tuhan murka terhadap penipu, mind you.

3. Sarapan pagi itu penting.. Ramai orang tersalah anggap, diet bermakna tak makan... Itu salah 100%.. Dan terbukti pon, bila kita tak makan, lebih susah untuk menurunkan berat berbanding kita makan+bersenam.. Tapi jangan pulak makan sarapan macam monster semua nak sumbat tak tentu hala.. T___T Makan lah dengan tertib.. Bolehlah cuba sekadar kuih muih atau roti gandum penuh atau boleh cuba juga sarapan saya seperti di atas.. Ia lazat dan menyihatkan.. Jangan lah pulak makan roti canai 2 keping, atau nasik lemak sepinggan... Peribahasa menyebut; "Like pouring water into taro leaves"..... KAH KAH KAH (Memandai translate bahasa ibunda ke bahasa Amerika) Kentaki? Kentaki lagi lah tak boleh!!

4. Makan tengah hari...... Apahal gelak? Apahal?..... KAH KAH KAH.. Makan lah tengah hari sedikit lewat sekitar jam 4-5 petang supaya perut anda boleh bertahan hingga ke malam... Kalau anda terdesak menyinggah KFC bersama rakan, makanlah setakat coleslaw atau mashed potato saja... Atau paling tinggi pon makan nugget 6 ketul, bahagi dua dengan rakan.. No carbonated drink pleasee... Makan tengah hari tak boleh skip, sebab kalau skip nanti jadi terlalu lapar pastu makan malam nanti menjadi naga. T_____T Jadi perlu makan tengah hari atau makan petang dan kemudian bertahan lah hingga ke malam.

5. Dinner. Kalau di waktu malam perut anda bersuara garau-garau romantik, ini bermakna anda hampir bertukar menjadi naga... Bila sampai waktu ini, makanlah malam secara sedikit... Setakat roti wholemeal 2 keping dah cukup.. Jangan makan lebih-lebih nanti tak boleh kawal nafsu makan.. Makan sikit sebagai tenaga untuk berjoging esok hari. Kalau makan buah pon elok atau salad.. Boleh cuba juga...

6. Jadi kreatif. Macam yang kita tahu, makanan kesihatan memang langsung tak menarik.. Tak sesedap nasik beriani, nasik goreng mamak, mee goreng mamak, ayam tandoori, nasi paprik atau Burger King.. Tapi tak apa, kalau anda rajen, boleh lah menambah seri makanan-makanan kesihatan neh dengan kekereatifan sendiri.. Contohnya, boleh cuba masukkan meatball dalam salad + mayonis dan lada hitam... Atau jadikan buah-buahan sebagai smoothie... Atau letakkan tuna dan sedikit cheese di atas wholemeal bread, dan bakar. Boleh cuba juga... Yang penting, menarik perhatian dan menyelerakan.

7. Akhir sekali, sentiasa berhati-hati semasa memilih makanan. Jangan makan makanan yang terlalu berminyak.. Kalau emak buat sambal tumis dengan minyak semangkuk, cepat-cepat buang minyak waktu emak tengah leka tengok cerita Digimon... Ingat, semakin anda banyak mengeluarkan peluh, bersenam secara konsisten, dan memikirkan anda sedang berkerja keras membuang lemak, maka anda akan lebih bersemangat untuk diet.. Tapi kalau anda setakat diet tanpa makan dan terbongkang atas katil, sumpah anda tetap sebahagiah dari saiz katil..

Sekian, terima kaseh. Entry ini dibawakan khas untuk anda oleh pakar pengurusan badan yang dah terbukti semakin kurus. T____T

Hye Facebookers!

Followers

Recent Comments

Powered by Disqus