Friday, January 14, 2011

MERANTAU DI NEGERI ALIEN

Share
Saya maseh ingat buat pertama kalinya dalam sejarah hidup menerima mesej tawaran melanjutkan pengajian ke IPTA.. "Tahniah! Anda ditawarkan tempat di Universiti Utara Malaysia, kursus UP11 (Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa)".. Lepas tu menjerit bukan main hepi go lucky lah kan.. Tetiba macam ada petir dalam minda "KABOMM!!"; "Erkk!! UUM?! Kedah!!?" T______T Perasaan gembira tiba-tiba tak mampu merawat hati yang dilema.. Jauh gila kena campak dekat Kedah... Tapi kena gagah jugak, bagi tahu bunda dapat masok U.. Bunda apa lagi terus cakap; "Ambik duit bawah karpet tu pergi beli laptop" KAH KAH KAH.. Bunda excited bukan kepalang, tak faham anak dia nak pengsan dapat tahu pergi Kedah.



Tapi dilema semakin hilang bila dah mula men'shopping' beli bara
ng keperluan..Seminggu saja okay persediaan dia.. Selama seminggu tu memang dah menyumpah lebih seratus kali entah apa punya sistem bodoh gila bagi masa.., seminggu nak siap merantau.. Naseb baik ada kakak dan abang yang banyak. Kalau dibuatnya tak ada abang kakak, entah-entah dahbuang surat tawaran pergi toreh getah.. T_____T Shopping memang seronok sebab cuma sumbat saja apa benda yang terlintas dekat anak mata, tak payah risau duit.Heh! (Setakat ini maseh merasa kaya).

Sehari sebelum hari pendaftaran, saya dah bertolak dengan keluarga ke Kedah Darul Aman. Dan sejak dua hari sebelum bertolak pesanan paling popular yang hinggap dekat telinga ialah; "JANGAN CARIK MAKWE!".. Fine.. Fine... Fine.. Tak kasi chance langsung.. HAHAHA. Perjalanan ke Kedah adalah bosan.. Tak ada kehidupan, tak ada pemandangan, tak ada apa-apa.. Dan otak dah mula terbayang-bayang kehidupan pertama tanpa keluarga.. Tak sedih, tapi janggal.. Cuma satu perkara saya doa, janganlah ber'roommate'kan bukan Melayu Memang mati.. T____T




Sepanjang perjalanan si gajah sedih neh asyik tanya; "Acik nak nanges eh".. Bila jawab; "TAK".., dia jawab; "Eleh tipuuu.. Tu mata dah kecik dah tu tu tuuu...".. Padahal mata memang seumur hidup mata tak pernah besar.. Terasa nak bagi penampar tap
i terasa kerdil saja muka dia.. Takut nanti mati tak pasal-pasal.. HAHAHA... Entry si gajah sedih boleh dilihat di sini, sini dan sini..

Perjalanan 8 jam memang meletihkan siap boleh sesat ke Jitra padahal nak pergi Hotel Seri Malaysia dekat Sungai Petani which is 1 jam perjalanan dari Jitra. Dekat sini dah mula rasa janggal sebab dah nampak plat kenderaan dari huruf 'K' dan terasa sangat tak famous amos.. HAHAHA.. Lagi best siap nampak plat Thailand.. Sedih gila.. T____T Rasa macam nak kena jual. Sampai dekat hotel, saya mula bermuhasabah diri sebab terasa dunia macam dah nak hilang esok hari.. T____T Sekarang semua nampak aneh....



Dan memang hilanglah dunia dari pandangan saya sebaik masuk ke Pekan Changlun keesokan harinya, which is bagi saya pekan paling tak ada kehidu
pan sepanjang 20 tahun hidup di bumi Tuhan.. T______T Masuk saja jalan menuju UUM memang dah terdetik dalam hati; "Ini kalau nak lari pon fikir empat belas kali".. HAHAHA.. Memang hutan belantara I tell you... Cepat-cepat tengok handphone kot-kot line turut lesap dari dunia.. Okay, ada line siap 3G lagi.. KAH KAH KAH... Dekat rumah sendiri pon tak ada 3G.. :p Tapi semangat tetiba bertambah bila nampak kolej kediaman sikit punya cantek.. DPP Bank Rakyat.. Baru berumur 5 tahun masa tu.




Dekat sini lah berlalunya 3 tahun kehidupan penuh pancaroba.. Assignment, projek, tak ada air, terpekik terlolong, sambut Ramadhan sahur megi, buka megi.. T_______T Tapi bila fikir balik memang memorable gila.. Paling best bila gelakkan thambi depan bilik, sebab sembahyang dengan asap gila punya banyak, tak pasal-pasal alarm kebakaran berbunyi KAH KAH KAH.. Marah diri sendiri.. =)) Sumpah guling-guling kena gelak... HAHAHA..

Dah nak masuk semester akhir.. Dah 3 tahun merantau.. Dah 3 tahun duduk dekat hutan belantara.. T______T Dan tak sangka langsung boleh survive, boleh hidup tak kena makan dengan singa... HAHAHA... Tak ada singa okay.. Orang utan ada banyak. Kalau ada singa pon dekat bilik kuliah terutamanya singa-singa bertaraf doktor yang belom kawen, memang selalu menyinga. Ngee.. ~ Doakan saya mampu mengharungi semester akhir dengan cemerlang.. Buat adek-adek form 6, sesekali merasa duduk hutan, apa salahnya.. HAHAHA.. Babai!~

Hye Facebookers!

Followers

Recent Comments

Powered by Disqus