Wednesday, January 5, 2011

SURAT CINTA DI HARI LAHIR

Share


23 tahun. :) Alhamdulillah.. Melangkah detik 12 malam ini, bermakna genaplah 23 tahun saya hidup di bumi Allah ini.. Alhamdulillah saya masih diberi nafas dan nadi mencatat aksara-aksara ini buat tatapan semua.. 23 tahun berpijak di bumi Tuhan ini, sebenarnya satu pengalaman yang tak ternilai harganya. Dari detik saya dilahirkan hinggalah detik ini, di mana hari-hari kedewasaan berkunjung tiba, terlalu banyak perkara yang saya ambil, yang saya ingati, yang saya pelajari untuk membentuk kesempurnaan diri di hari-hari mendatang.



Ayah dan Ibu,

Sesungguhnya kalian cinta sejati saya.. Terima kasih kerana membesarkan saya dengan sepenuh kasih sayang.. Sesungguhnya didikan sedari kecil yang kalian berikan inilah yang membentuk peribadi saya.. Sejak kecil kalian berkorban, berpenat lelah, bersabar, bersengkang mata memenuhi kehendak saya.. Saya ingat dan sentiasa cuba memahami setiap pengorbanan yang telah kalian lakukan.. Seorang anak lelaki tidak pernah terlepas dari tanggungjawab terhadap kedua ibu bapanya.. Saya pegang amanah ini.. Dan janji saya untuk sentiasa berada di samping kalian.. Doa anakmu sentiasa terpahat.., ayah dan ibu..



Guru-guru tersayang,

Ayahanda Wazir, Bonda Noriati, Ummi Salimah dan semua insan yang pernah mendidik saya. Sesungguhnya kalian insan-insan terhebat.. Kalian insan-insan yang sebenarnya menjadi pemangkin dan pendorong kehidupan serta pembentukan identiti saya. Kehidupan saya yang sebenarnya bermula dengan didikan kalian semua.. Dan umur 23 tahun ini sebenarnya satu perjalanan yang baru bermula.. Perjalanan yang saya lalui berbekalkan semangat dan didikan kalian semua..Terima kasih ayah, bonda, ummi dan semuanya... Terima kasih atas sokongan dan dorongan.. Terima kasih atas ilmu yang dicurahkan.. Terima kasih atas nasihat yang tidak pernah putus dari bibir kalian..



ex-SKBK..,

Buat pertama kalinya ucapan hari lahir saya tercatat ucapan ini buat anda. Sepanjang 23 tahun kehidupan, untuk mencari insan-insan yang kuat ukhwah dan semangat setiakawan seperti anda semua sebenarnya cukup sukar.. Umur 23 tahun ini seolah-olah membuka 1 ruang baru dalam kehidupan saya.. Bersama anda semua.. 10 tahun kita terpisah, dan kemudiannya bersatu dalam 1 pertemuan, tidak ubah seperti keajaiban yang berterusan kesannya dalam diri kita semua.. Terima kasih kerana menyerikan kehidupan baru saya.. Terima kasih kerana tidak pernah bosan dengan ajakan-ajakan saya.. Terima kasih kerana menyokong saya..



Rakan-rakan seperjuangan..,

Hanis, Sam, Botak, Aizar, Haniff, Iqquan, Zaty, Ija, Zaliza dan semuaa yang pernah menganggap saya sebagai kawan. Terima kasih atas bantuan dan sumbangan anda terhadap saya.. Kehidupan baru saya bersama anda semua cukup sempurna.. Menjadikan diri saya lebih tabah hari demi hari. Mungkin idea kita berbeza, pendapat kita berbeza.. Tapi disebalik percanggahan itu semua, hati kita tetap bersatu.. Final sem akan menjengah.. Semoga persahabatan kita tetap erat.. :)

Readers, sahabat-sahabat blogger sekalian,
6 tahun berkecimpung dalam dunia weblog ini.., sebenarnya saya terlalu banyak berkongsi kisah hidup bersama anda semua.. Terima kasih atas segala komen, shouts, pertanyaan dan sokongan.. Seronok menatap setiap komen yang terjejak di sini.. Seronok berkongsi kisah-kisah saya bersama anda semua.. Seronok menulis dan menghiburkan anda semua.. Walaupun kebanyakan tulisan saya itu berbentuk gurauan, tapi disebalik itu semua, sebenarnya besar hasrat saya untuk sekurang-kurangnya membuatkan anda tersenyum setiap kali membaca entry-entry saya. Terima kasih kerana terus membaca.

Kehidupan baru bermula.. 23 tahun satu usia yang perlu dipastikan perjalanannya tidak sia-sia.. Saya mengharapkan doa anda semua.. Semoga saya mampu terus berdiri sebagai diri saya yang sama tanpa sedikit lari dari realiti diri.. Perancangan untuk masa-masa akan datang terlalu banyak.. Dan semuanya menuntut pengorbanan yang berterusan tanpa sedikit pun melupakan tanggungjawab pada Tuhan, dan insan-insan yang saya sebutkan.. Dan umur 23 tahun ini bermula rentak itu semua.. InsyaAllah.. Terima kasih membaca..

Hye Facebookers!

Followers

Recent Comments

Powered by Disqus