Saturday, January 1, 2011

SELAMAT TAHUN BARU - 2011

Share
Iklan : Nuffnang bagi BE lagi.. Nokia C5 dekat leaderboard atas tu.. Hadiah tahun baru.. Thanks Nuffnang.. :)
*********************
A brand new year.. A brand new life.. 2010 was such a very memorable year for me.. Satu tahun yang sangat banyak kenangan.. Macam saya selalu cakap, pengalaman mematangkan.. Dan 2010 terlalu banyak mematangkan pemikiran, hati, perasaan dan segala-galanya.. We will see, kenapa 2010 sangat memorable..

1. Yang selalu dan sentiasa tersemat di hati mestilah reunion ex-SKBK 95-00 which is bagi saya sangat berjaya.. Satu keadaan di mana semua ex-SKBK menjadi sangat confused dengan perubahan masing-masing.. Semua orang cuba meng'recognize' muka masing-masing yang dah standard emak-emak dan bapak-bapak.. Dan ada jugak yang tak pernah berubah yang kami anggap mereka mengalami pertumbuhan terbantut.. HAHAHA.. Dan yang berjayanya bukan itu sahaja, tapi yang betul-betul berjaya ialah ukhwah yang terus terikat sejak itu..



2. Baraan ex-SKBK sangat memorable gila tak boleh tahan.. Satu aktiviti yang sangat memberi kesan emosi pada semua. Ada yang sampai nangis 5 hari sebab tak boleh terima kenyataan terpaksa berpisah beratus kilometer antara satu sama lain.. Sungguh menyayat hati.. Dan yang paling mengkagumkan sebenarnya ialah macam mana mereka yang tak sambung belajar/bekerja, boleh click together dengan mereka yang masih study.. Dan buat aktiviti macam there is no any gaps between us! Korang memang cool..



3. Cerita terperangkap banjir di utara tanah air juga sangat memorable tapi jenis memorable yang menyumpah-nyumpah T______T Macam mana di sebuah negara asing, without handphone nadi kehidupan, without friends, saya meredah highway berjalan kaki semua mencari kehidupan yang maseh ada dekat pekan Changlun.. Dalam keadaan hujan lebat, banjir separas pinggang, akhirnya terpaksa bermalam dekat rumah orang, it's fun, funny dan &$%&$^*.. Macam boleh buat cerita dokumentari kot.... Macam nanti boleh cerita dekat anak cucu "Cu, dulu atok hantar kawan balik, lepas tu kereta mati tak boleh hidup, lepas tu handphone atok pulak takde bateri, atok terperangkap banjir cu.. Kawan atok dapat balik, atok pulak yang kena jalan kaki tepi highway pastu menumpang rumah orang tak dapat balik" lalu menjadi bahan ketawa cucu-cucu.. Sungguh memorable kan?



4. Menjadi pelarian ke Perlis menyelamatkan diri dari keadaan darurat dekat Kedah pon sungguh fun.. Macam mana tengah sebok-sebok study Spanish nak exam neh, tetiba bukak portal lepas tu tengok jadual kena anjak sebulan pastu histeria seluruh kolej pastu terus jadi bingung dan bengong "Macam mana nak balikkk!! Semua tempat naik airrr!!!" Tapi berbekalkan keyakinan dan kekuatan yang ada, terus menuju ke perlis petang itu jugak menjalankan misi seorang pelarian.. Sungguh I'm Legend...



5. Pengalaman paling berharga mesti lah pengalaman dari kehidupan sekeliling.. Kehidupan sekeliling yang bagi kita pandangan-pandangan baru.. Yang buat kita berfikir.. Yang buat kita terus mengubah diri menjadi lebih baik.. Yang sentiasa membuatkan saya berfikir jauh ke depan.. Dan seterusnya menguatkan hati, jiwa dan perasaan. Dan 2010 juga membolehkan saya berpegang pada prinsip baru...

"Kehidupan ini mudah andai kita permudahkan.. Andai kita inginkan hidup yang mudah, maka berfikir, bertindak dan beranggapan dengan mudah.. Andai kita teringin kehidupan yang gembira, maka gembirakanlah kehidupan.. Lupakan keinginan hati yang yang tak terkawal fikiran.. Dan lupakan pemikiran minda yang tak ternilai oleh hati.. Kerana itu Tuhan memberikan kita otak dan hati.. Supaya kita boleh berkeinginan, dan kemudian menilai keinginan.. Kita menentukan kehidupan sendiri.."

Selamat Tahun baru 2011. Semoga ia menjadi tahun yang lebih baik dari sebelumnya.. :)

Hye Facebookers!

Followers

Recent Comments

Powered by Disqus