Thursday, January 27, 2011

MAKANAN PANTAS DAN MATI JUGA PANTAS

Share
Selepas kita bercakap tentang diet, marilah bercakap tentang fast food sebagai entry pencuci sawang dalam belog yang indah permai ini *%^#&.. Anda mesti lah biasa dengar fast food bukan? Atau ditranslate kepada bahasa kebangsaan menjadi makanan pantas. Makanan yang pantas juga membawa kepada kesan yang pantas seperti kegemukan pantas, penternakan lemak secara pantas dan mati yang pantas. Lari pantas adalah mustahil. Tak apa, rakyat Malaysia bukan kisah sangat dengan fakta tersebot.. Just enjoy our meal lah kan.. HAHAHAHAHA (Gelak syaitan)

Kentucky Fried Chicken. Kalau zaman kanak-kanak dulu..., lalu depan KFC saja dah cukup menggegar pancaindera.. Betapa bau KFC sungguh menusuk kalbu memberi cetusan rasa emosi berbentuk rengekan kepada ibu bapa untuk makan makanan favourite ini.. Tapi biasanya tak dapat makan.. Emak sekadar memberi sepotong penampar atas alasan rengekan kita berciri melampau sampai mengguling-guling di hadapan masyarakat.

Sekarang saya faham perkara tersebot memang memalukan... T______T Bagi saya KFC dah tak berapa hebat dah rasa dia... Cuma mungkin sekarang kita lebih suka makan Cheesy Wedges daripada ayam dia... Kan? Original Recipe sedap di bahagian kulit, tetapi hambar di bahagian isi... Dan Hot & Spicy pula hebat di bahagian isi tapi kecundang di bahagian kulit.. Kalau lah dua-dua jenis ayam ini digabungkan, menjadi KFC Hot & Spicy di dalam tetapi tetap Original diluar... Mesti customer rasa dipermainkan... T______T

McDonald's... Ini memang gah sangat sekarang.. Dulu tak berapa kenal sangat McDonald's sebab memang tak nak kenal disebabkan maskot dia adalah clown.. Saya memang trauma dengan clown sejak tengok cerita hantu IT (Kalau anda anak millennium tak tahu hantu IT tu apa boleh kelik SINI) dulu... So rasa macam McDonald's neh agak berhantu lah.. Nak makan pon tak berasa tenang... Dan daging lembu dia terasa sangat lembu.. Tak tahu lah kenapa berfikiran begitu semasa kecil.. Mungkin sebab saya mengharapkan daging lembu yang berasa ayam,.. kan mustahil kan? T____T

Tapi semenjak menjadi dewasa dan membesar, saya suka McD. Dan sebenarnya McD jugak lah yang membantu saya menjadi sungguh besar beberapa tahun dulu.. Setiap kali keluar mesti akan melantak Double Cheese Burger, Spicy Chicken McDeluxe dan ayam goreng McD sekali gus.. Cukup 2 bulan pinggang saya dah naik empat saiz.. Pipi dah menggebu dan badan memang seperti raksasa.. Alhamdulillah masih ada kesedaran menguruskan badan dan belum mati.. T_____T

Pizza Hut si kekasih hati KAH KAH KAH.. Walaupon di tempat ketiga dari segi populariti, tapi tetap di tempat pertama dalam hati. Bagi penggemar Cheese, mesti akan gembira menikmati Pizza lagi-lagi bila ada cheese yang melimpah ruah.. Saya masih ingat tahun 2005 ada satu jenis pizza yang ada meatball.. Waktu itu lah rekod memakan pizza bersaiz large secara solo HAHAHAHA... Sungguh buruk selera bukan? Masa ini jugak kalau ada apa-apa event pon mesti akan mempilih Pizza Hut..

Cuma bila dah tercampak dekat lembah Sintok, menemui Pizza Hut memang cukup sukar.. Lebih sukar bila kena berkira-kira sebab takut terjadi kegawatan ekonomi... T_____T Sebab itu lah rasa bersyukur ditempatkan di dalam hutan.. Kalau maseh di bandar mesti akan tewas besar berhadapan dengan Pizza.. Terima kaseh Kementerian Pelajaran Tinggi kerana memahami ketaksuban terhadap Pizza.. T____T Eh, tapi menikmati Pizza tanpa Deli Wings pon macam irama tanpa lagu.. @#%^@$%&

Popeye's sensasi baru.. Mungkin maseh ramai yang belum pernah merasa fast food neh... It's okay.. Boleh rujuk entry dekat SINI.. Setiap kali balik cuti mesti akan berkunjung ke Popeye's even sekali sepanjang cuti... Selain ayamnya yang tender dan juicy, hidangan-hidangan lainnya juga adalah segar.. Kecuali nasik dan coleslaw lah... Tapi ada jugak orang yang maseh boleh telah nasik dia.. Tak apa..

Kalau nak cakap pasal negative side of fast foods neh memang banyak.. Selain menggemukkan, fast food juga menjadikan kulit kelihatan hodoh.. Gelap, kusam, lesu dan tidak bermaya.. Selain itu ia juga boleh:

1. Memalukan ibu bapa apabila anak yang tidak tahu malu meraung-raung meminta Chicky Meal atau HappyMeal seterusnya membawa kepada tragedi berbentuk kekerasan.

2. Menyebabkan ketagihan di kalangan anak-anak muda menyebabkan makanan emak nampak tidak menyelerakan.. Ini sedih.. Nak jadi si tanggang boleh cuba.

3. Menaikkan tahap kolestrol dalam badan, seterusnya terkena strok, sakit jantung dan mati secara pantas.

4. Menjadikan kita seorang yang cakap tak serupa bikin bila kecoh-kecoh nak boikot minggu ini, tapi minggu depan bila kekasih ajak keluar mesti lepak dekat KFC.. Tak mungkin dating dekat kedai Mak Limah sebelah stesen Petronas kan?

Sekian, harap terhibur... T_____T

Hye Facebookers!

Followers

Recent Comments

Powered by Disqus