Friday, December 17, 2010

CAMERON ITU SERONOK JUGA!

Share

Restoran atas tu cekik darah, biskut 2 bijik dengan teh 4 cawan RM40+

Cameron Highland walaupon perjalanan ke atas bersifat memualkan, tetapi keadaannya adalah hebat. Kecuali kalau anda kaki karaoke, kaki bowling atau kaki shopping, memang anda tak berminat dekat tempat macam ini..., mungkin. Mungkin anda lebih berminat pergi ke Genting Highland kota keriangan.. Anda kan riang ria orangnya. Mungkin entry ini tak begitu menseronokkan sebab tak ada roller coster, tak ada game, tak ada taman tema tak ada perkara-perkara menghiburkan. Tapi tak apa.. Sesekali kita kena menikmati keindahan ciptaan tuhan ecececeh.

Antara perkara menarik tentang Cameron Highland ialah keadaan jalannya yang thrill menuju ke atas yang kadang-kadang membuat kita berfikir; "Apakah halnya orang buat jalan macam nak membunuh cita-cita menawan Cameron Highland" T_____T Iya, keadaan jalannya memang agak menyiksakan. Tapi di sesetengah part perjalanan ke atas, anda boleh nampak kabus-kabus tebal menghias jalan raya. Macam dalam cerita epik Melayu dalam hutan belantara yang berkabus tetiba Tiara Jecquelina muncul.. Haa.. Cuma dalam keadaan realitinya anda ganti lah Tiara Jacquelina dengan orang-orang asli.. Boleh tahan juga.


Buah comel

Seterusnya, perkara yang menarik di Cameron Highland mestilah Strawberry.. Cameron dan strawberry kan macam aur dengan tebing. T_____T Sebenarnya saya pon tak berapa faham, selain rupa strawberry yang comel, apa lagi seronoknya tentang seorang strawberry? Cuba fikir.. Fikir.. Fikir...... Tak ada kan? T____T Sigh... Tapi tak apa, mungkin sebab dia adalah sebiji buah comel yang tak ada di kawasan lain. Kalau dekat KL tetiba ada pokok strawberry hidup mesti orang dah tak pergi Cameron agaknya.


Pokok Teh.. Tengah-tengah tu bukan pokok! T____T

Pokok teh sebenarnya tak adalah hebat sangat. Cuma sebab mereka tanam pokok teh sikit punya style, jadi kawasan tanaman teh menjadi menawan. Tapi dekat mana lagi ada pokok teh bukan? Kalau dekat rumah kita cuma ada chance tengok pokok kelapa sawit atau pokok getah, nak tengok pokok kuini (entah-entah tak tahu kuini tu apa benda) pon susah, ini lah masanya nak tengok macam mana rupa pokok teh.. Bukan setakat bancuh teh uncang saja tanpa mengenal asal usul dan sejarah teh uncang.Err.. Tapi kalau anda ke sana, tak payahlah susah susah minum teh segar ke apa.. Mahalnya Astaghfirullahal'azim.... T_______T

Pekan-pekan di Cameron memang best. Tak ada dekat tempat-tempat lain. Even dia cuma sebuah pekan-pekan kecik, agak kurang maju dan berselerak, tapi environment dia sungguh menenangkan. Kalau anda tiba di satu simpang tiga dekat depan deretan kedai-kedai, dekat situ lah kawasan yang paling best sekali untuk ditenung... See? Hakim dah tangkap syok dekat simpang jalan.... hahaha... Oke fine, fine!


Orang Asli... Tak tak tak.. HAHAHAHA..

Sebenarnya Cameron Highland tu menyeronokkan.. Kalau anda suka berposing dalam tandas, dalam bilik, atas katil dengan bantal patrick, spongebob squarepants dan sebagainya, apa kata kalau anda ubah citarasa untuk berposing di Cameron highland. Mesti kelihatan lebih senonoh dan tidak aneh.. HAHAHAHA.. Oke, selamat bercuti...

Hye Facebookers!

Followers

Recent Comments

Powered by Disqus