Tuesday, December 14, 2010

UPDATE PANTAS

Share Cuma orang tak ada idea saja yang update sebegini rupa.. T_____T

Template
Masa cuti adalah masa terbaik menukang belog.. Daripada belog tak berapa menambat hati kepada belog yang lebih riang suasananya seriang kota keriangan... atau riang-riang.. Riang-riang adalah serangga, mind you. It’s a right time untuk mencuba sebarang gadjet... Bercakap pasal menukang belog, ramai blogger yang tanya whether template icemanzwalking neh satu hasil kerja handmade atau membelasah template lain.. Jawapan dia ianya handmade dan imagination made.. HAHAHA.. Tak, tak.. Sebenarnya waktu mula-mula membangunkan icemanzwalking saya guna Sunshine Template yang column-column dia macam yang anda semua nampak. Lepas tu sepanjang 2 tahun membelog, saya dah ubah hampir 95% dari template asal.

Semalam setelah menjejakkan kaki ke bumi Klang, bumi bertuah saya terus berfikir apa nak buat dengan belog kegemaran.. See.. Blogger sejati memang macam ini kaedah dia.. Mana-mana tempat pon dia fikir belog.. Lepas tu apa yang paling penting macam mana nak tingkatkan prestasi belog supaya mendapat lebih ramai readers setia, dapat lebih ramai pengomen tegar dan dapat menewaskan Hanis Zalikha (Blerggghhh!)HAHAHAHA. Jawapan dia tak mudah.. Kita perlu bekerja keras.. Dan pastikan belog kita mesra pembaca...

Readers Friendly
Mesra pembaca tu bermaksud anda tak payah buat belog yang menyusahkan orang lain.. Macam anda bubuh blink-blink items dekat blog yang orang pandang pon sampai penink-penink.. T_____T Lepas tu tak payah letak background ada benda merayap-rayap macam rama-rama, kupu-kupu, lembu kucing lagi entah hape benda pon nak letak.. Kalau blogger seorang hawa tak apa boleh consider she is feminine enough, tapi kalau lelaki........... Sungguh tidak macho.. T_____T Plus, ayat-ayat SMS memang tak payah cerita mesti terus tekan ‘X’ punya... Dan.. Dan.. Dan.. Eh dengar ni benda aneh.... Dan tak payah lah buat entry dengan tulisan kecik besar kecik besar.. T____T Sumpah saya kagum dengan ability dia nak buat tulisan macam itu..

Sepanjang berblogwalking memang nampak banyakkkk hasil kerja blogger-blogger tegar.. Some of their idea boleh diikut.. Macam icon-icon untuk sidebar, atau shoutbox versi Facebook.. Boleh buat belog anda lebih menarik.. Cuma saya rasa ragu-ragu sama ada shoutbox versi Facebook itu buat orang selesa atau tidak.. Macam susah nak berblogwalking.. So, pendapat anda adalah diperlukan guys.. :) So then saya boleh buat belog ikut keselesaan raders, bukan ikut suka hati nak mekap belog siap cakap INI BELOG AKU, AKU PUNYA PASAL NAK BUAT APA.. Baik kau buat belog lepas tu set dia jadi private.. Tapi lepas dah private tak payah la tampal-tampal dekat shoutbox orang suruh datang melawat kau nak buat lawak apa sebenarnya.. HAHAHAHA..

Nuffnang
Nuffnang tak update earning sejak semalam... Setiap minggu kan semua nuffnanger mesti excited nak tengok earning masing-masing.. Lepas tu analytic pon cuma berupdate dari pukul 10 pagi, bermaksud usaha berblogwalking sejak 7-10 pagi tak terekod dalam data.. Lepas tu dah mula rasa bosan, lepas tu tak duduk depan laptop dah, lepas tu tidur, lepas tu unique visitors terus merudum secara pukal.. T______T Tak apa, usaha lagi.. Kan usaha tangga kejayaan.. Sila redha...

Oke, sampai sini saja. Next enry, coming soon..

Hye Facebookers!

Followers

Recent Comments

Powered by Disqus