Sunday, December 19, 2010

NAK AJAR ADAB

Share Ini entry marah. Layankan saja.

Ada banyak perkara yang boleh menghilangkan rasa hormat orang pada kita. Semuanya berpunca dari diri sendiri. Ego, perasan bagus, perasan hebat dan segala macam jenis perasan lagi. Tak perlu rasa kau lagi tua lepas tu kau boleh suka-suka hati tengking, marah orang muda.. Jangan mimpi orang muda nak hormat orang tua, kalau orang tua tak tau hormat orang muda. Jangan mimpi orang tua nak hormat orang muda kalau kau tak reti hormat orang tua. Dunia ni bukan dalam kuasa orang-orang tua.. Dan bukan jugak dalam kuasa orang muda... Hormat-menghormati itu penting.. Boleh faham?

Situasi 1:

Petang tadi pergi keluar pekan sekejap.. Try to find some goods. Tetiba ada pakcik ni nak keluar motor.. Kebetulan seorang kawan ni parking dekat sikit dengan motor dia.. Suddenly dia jerit “Dikkkkkk!!! Nak keluar motor ni!”..(Sambil buat muka nak kena lempang) You know what, perangai biadap ni bukan orang muda saja yang buat.. Perangai biadap ni orang tua pon teringin nak buat.. Bila dah dari kecik terbiasa rasa diri sendiri hebat, sampai tua pon kau akan rasa diri engkau hebat. Bila dah perasan diri sendiri hebat, mula lah hati terasa nak dihormati semua orang. Tapi ingat lah sikit, perangai kalau biadap tak ada orang suka nak hormat. Salah ke kalau ada rasa nak cakap elok-elok? Jatuh maruah ke kalau orang lebih dewasa cuba hormat orang lebih muda?

Jangan ingat orang muda senang-senang kau nak jerkah macam orang tak ada akal... Jangan ingat orang muda tak ada akal panjang.. Jangan pandang rendah pada orang yang lebih muda. Paling penting, jangan tanamkan perangai biadap dalam diri. Kau tahu tak manusia ni tak ada beza.. Yang berbeza di sisi Tuhan cuma iman kita.. Jadi engkau ingat dah dewasa sangat lah? Dah hebat sangat lah? Dah boleh tengking-tengking orang suka hati? Apa beza engkau yang taraf pakcik dah tu dengan orang muda macam kami? Dah cukup amal? Atau still engkau perasan iman kau dah tinggi? Come on la uncle.. Tak faham istilah hormat menghormati? Tak akan ada orang dalam dunia ni yang nak hormat orang biadap..

Orang rude memang tak akan boleh buat saya hormat or what so ever.. Perangai kurang ajar tak pernah sekali pon saya boleh kompromi.. Kau nak meroyan ke apa, masih boleh tahan.. Tapi sekali nampak manusia kurang ajar, sikit pon saya tak dapat sabar.. Cuma naseb baik mak ayah saya masih ajar saya hormat orang, tahu sabar.. Jadi saya tak ada tiba-tiba nak berkurang ajar dengan orang.. Pakcik, mak ayah pakcik dulu tak ajar? Atau pakcik ni memang dah jenis manusia macam tu? Atau dengan mak ayah pon memang biadap?

Situasi 2 :

Petang tadi jugak, dua orang lelaki Melayu, muda belia harapan bangsa dan negara kononnya. Tetiba ada perempuan lalu.. Macam biasa, “Haiiii!!” lepas tu tergelak-gelak bangga pecut motor laju-laju. Come on man.. Jangan jatuhkan maruah sendiri dengan perangai murah macam itu.. Jangar mengorat dengan cara murah... Dan perempuan-perempuan ni bukan barang murah kau nak ngorat dekat tepi-tepi jalan.. Kau pernah dengar perkataan ADAB? Engkau ingat adab ni untuk perempuan saja ke apa? Sebab perangai-perangai macam ni lah orang selalu cakap lelaki Melayu hampeh.

Kalau nak ngorat, kalau berkenan, be polite.. Kalau tak faham polite tu apa benda, atau mungkin kau tak pernah menjadi polite, nak cakap dekat sini, polite tu bermakna sopan. Sopan tu bermakna ada adab.. Ada adab pulak bukan bermakna kau naik motor macam gila lepas tu tergelak-gelak tak ada motif, lepas tu pergi feewitt feewwiitt perempuan.. Apa yang kau bangga sangat dengan perangai menjahanamkan nama lelaki macam tu? Polite tu jadi amanah, jadi jujur, jadi orang yang ada maruah, bertindak sebagai orang yang ada maruah.. Dan bertindak dengan penuh maruah. Bukan jatuhkan maruah diri sendiri.. Jangan jatuhkan maruah mak ayah.. Jangan suka-suka hati nak feewit sana sini macam desperate sangat..

Sedar diri sikit.. Nampak gaya macam tak belajar tinggi.. Tapi tu bukan alasan yea saudara.. Kalau kau belajar setakat sampai PMR pon, tapi kau tahu adab, kau tau jujur, kau tahu jaga maruah diri sendiri, orang akan pandang tinggi.. Tapi kalau kau ni ada ijazah doktor falsafah sekali pon, tapi tetiba kau tengking orang lain tak pasal-pasal, atau kau buat perkara tak ada adab macam yang disebutkan dekat atas, tak akan ada orang nak hormat..

Tahu tak pergi naik motor macam sawan wheelie sana sini ke apa benda tu semua, orang pandang.. Dan orang pandang bukan dengan rasa kagum.. Tapi orang pandang dengan perasaan yang meluat teramat-amat.. Style? Trend? Jiwa muda? Kepala hotak engkau. Guys..., tingkat kan jati diri... Tingkatkan maruah diri.. Tingkatkan adab.. Tingkatkan kesedaran. Kau Islam.. Kau Melayu.. Bangsa atau agama, dua-dua ajar manusia jaga adab..
Bukan nak cakap saya BAGUS ke apa.. Tapi ini semua tentang JIWA. Kotor jiwa, kotor cara.. Ingat. Belajar hormat orang kalau nak orang hormat kita.

Hye Facebookers!

Followers

Recent Comments

Powered by Disqus