Tuesday, December 21, 2010

TRAGEDI BAS LAGI

Share
Iklan : Baru dapat 1 lagi BE dari Nuffnang. Iklan DiGi kat Leaderboard atas nun.. :p Thanks DiGi. Entry pasal DiGi boleh baca dekat sini dan sini.

Again.. Tragedi bas sekali lagi... Dan again.. Bas Double Deck jugak terlibat.. Dah jadi macam kemestian, setiap kali musim cuti, mesti ada tragedy melibatkan bas. Memang bas double deck neh macam seronok.. Dan kebanyakannya jugak mewah siap ada WiFi segala.. Tapi dalam sesetengah condition, macam tak sesuai digunakan.. Macam dalam tragedy dekat Cameron Highland-Simpang Pulai semalam, dia orang turun dari Cameron, dengan bas double deck.. Sebelum ni tak pernah pulak ada orang naik Cameron naik double deck rasanya.. Gila ke apa company bas neh? Double deck means, lebih penumpang.. Dan bila ada tragedy melibatkan bas double deck, means lebih ramai mangsa. LOL



Siapa kena disalahkan? Company? Rasanya semua company bas tak nak semua benda ni jadi. Kalau bas Ekspress, macam Sani Ekspress, safety number one.. Sebab itu dia orang pakai pengunci kelajuan kau tekan pedal minyak setengah mati pon bas tu boleh lari 70km/j saja.. Walaupon hakikatnya bas tu gunakan chasis bas paling canggih di dunia. Dan kalau anda tengok Wisma Sani dekat Klang Sentral, memang dia orang sangat menjaga bas-bas ni tak kira dari segi luaran atau dalaman. Setiap kali bas sampai, cepat-cepat basuh.. Komited gila. Tapi itu lah tanggungjawab syarikat. Kena pastikan semuaaa penumpang selamat. Tapi bila company dah buat yang terbaik, timbul pulak soal kelalaian manusia...

Kelalaian manusia tak boleh dijangka.. Siapa nak tidur waktu driving kan? Kecuali kalau kau memang rasa nak bunuh diri sebab kekasih buat pasal, silakan. Tapi ingat jugak, penumpang kat belakang ada 40 orang. Kau bunuh diri dia orang pon terbunuh diri jugak.. Sebab itu Sani Ekspress (Apa hal Sani Ekspress manjang nehhh!) buat tindakan letakkan sticker No. Aduan dekat belakang seat.. Untuk make sure ada hubungan antara pihak yang memantau, dengan bas yang bergerak melalui penumpang. See? Macam mana satu company nak memaksimumkan pemantauan demi keselamatan penumpang.. Tapi ini kalau ada kesedaran dari company lah...



Kalau tak ada kesedaran, maka jawabnya anda kena redha lah.. Kita ada pilihan yang banyak.. Dan kita secara tak langsung pon kena membantu. Tragedi bas neh tak kira apa jenis bas pon tetap berisiko terlibat.. Pada saya tak ada salahnya sebuah bas double decker beroperasi.. Yang penting, keselamatan kena jaga.. Kalau anda pengguna bas tegar, anda perlu buat pilihan bijak.. Pilih bas yang company-company dia boleh dipercayai... Pilih bas yang mengutamakan keselesaan dan keselamatan penumpang. Jangan guna Transnasional Skyview yang dah lah double deck, lepas tu kapasiti penumpang hampir 70 orang. Kalau apa-apa jadi, tak ada ruang pon kita nak selamatkan diri. Ini nama dia, mementingkan keuntungan. Gunakan Sani Ekspress (Kapasiti Sederhana+Keselamatan Maksimum) atau Pancaran Matahari (Keselamatan Baik+Kapasiti Rendah).. Pilihan di tangan anda.

Jangan sampai jadi lagi tragedy bas Cameron Highland-Simpang Pulai macam neh...




Sejarah kemalangan bas terburuk di Malaysia.



Pict. Sources: http://pinkturtle2.wordpress.com/, http://mrphotos.fotopic.net & http://jomnaikbas.wordpress.com

**************************
IPOH, 20 Dis (Bernama) -- Dua puluh enam orang, kebanyakannya pelancong dari Thailand, terbunuh selepas sebuah bas pesiaran membawa pelancong negara itu terlibat dalam satu kemalangan di Km15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai pukul 11.40 pagi Isnin.

Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Zakaria Yusof berkata 22 orang mati di tempat kejadian manakala empat lagi meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital di sini.

Katanya bas dua tingkat itu milik syarikat San Express Holiday yang beribu pejabat di Jitra, Kedah, itu membawa 37 pelancong Thai manakala pemandu, pembantu pemandu dan pemandu pelancong adalah rakyat Malaysia.

Zakaria memberitahu pemberita di tempat kejadian bahawa polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang menerima panggilan tengah hari telah mengerakkan 100 anggota penyelamat dalam operasi menyelamat.

Katanya, ketika kejadian, bas itu sedang dalam perjalanan turun dari Cameron Highlands ke Kuala Lumpur kerana pelancong itu dipercayai akan mengambil penerbangan pulang ke Bangkok.

Zakaria berkata siasatan awal mendapati pemandu bas itu hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelum bas terbabas ke laluan bertentangan dan terbalik di longkang.

Menurutnya, identiti dan jantina mangsa yang terbunuh belum dikenal pasti.

-- BERNAMA

Hye Facebookers!

Followers

Recent Comments

Powered by Disqus