Friday, December 10, 2010

MERAMPAS KEKASIH RAKAN

Share
Perkara yang paling tidak boleh lupa semasa sekolah rendah adalah pengalaman merampas kekasih rakan. Bukan apa, rakan bercinta, saya pon teringin bercinta.. Entah kenapa nak bercinta dengan orang yang sama jugak.. Macam aneh.. Mungkin sebab perempuan lain lambat matang, atau semuanya maseh mentah menjamah keropok lekor dengan sambal sedap agaknya. Comot.T_____T Jadi saya yang sudah matang dan perempuan yang sudah matang tidak memakan keropok lekor ya. Kami makan aiskrim. Siapa-siapa makan aiskrim boleh consider dia matang sekarang.

Perasaan ketika itu adalah manis. Dalam bercinta tak ada pahit, semua manis.. Kalau tak manis pon kena berlakon macam manis sebab takut nanti kekasih merajuk mintak clash. Jadi segala perkara perlu manis.. Ayat kena manis.., muka kena manis, senyum kena manis, bau kena manis.. Kalau tak tau bau manis tu macam mana, boleh cuba lumur badan dengan air gula lepas tu suruh emak hidu.. Mesti emak cakap manis anak aku dan menghadiahkan sebijik penampar. T____T “Gula mahal bodoh! Gula mahall!”.. Okay, banyak sangat merapu.. Move.. Move..

Masa sekolah rendah tak ada SMS.. Kalau ada mesti cekgu-cekgu sukar mengawal aktiviti bercintaan. Jadi cara terbaik untuk menghidu aktiviti ini adalah melalui pengeposan surat menggunakan perantaraan orang tengah.. Kalau nak tahu, sebab ini lah cekgu ajar kita cara tulis surat tak rasmi dulu.. Sebab senang dia nak tangkap nanti.. Cuma dia tak ada lah ajar buat surat tak rasmi letak bedak Johnson ‘n’ Johnsons atau perfume kakak ke apa.. Atau menyelitkan lirik lagu Siti Nurhaliza. Nanti murid-murid berasa hairan dan terbocor strategi. Haa.. Macam saya, surat saya ditangkap dulu baru lah saya menjadi suspek.. Bila dah ada bukti kukuh baru cekgu mendakwa di sebuah pondok.


“Sekarang saya tanya, awak berdua bercinta ke?” – Cekgu. (Maseh nak tanya sedangkan bukti ada dalam tangan. Tak faham betul.)

“Takde lah cikgu.. Kawan saje..” – Saya. (Maseh nak berdalih sedangkan bukti dah ada dalam tangan cikgu. Tak faham betul.) T______T

“...................” (Geleng geleng) – Perempuan.

“Tak apa, kalau tak nak mengaku saya bagitau mak ayah awak.” – Cekgu. Ugut. Suka tau dia ni.

“Ye cikgu.......” – Saya mengaku.. Senang sangat menyerah kalah. Tak boleh bawak mahkamah. Tak thrill.

“......................” (Angguk-angguk) – Perempuan.. Bisu? Entah.. HAHAHAHA..

Mendapat amaran pertama.. Alah.. Amaran pertama je kot... Amaran pertama kan bermaksud boleh buat sekali lagi tapi jangan sampai dapat amaran ketiga. So, sambunglah bercintahahahaha.. Adik-adik jangan ikut perangai macam ini.. Nanti emak-emak kategorikan belog abang jadi adult site lepas tu flag belog neh lepas tu belog neh lenyap lepas tu tak dapat lah abang cerita benda-benda macam ini lagi.. Lagipon bercinta di alam sekolah macam annoying gila.. Perjanjian macam-macam.. Orang dewasa pon tak nak buat perjanjian macam-macam:

“Kalau Hakim periksa dapat no.1, **** bagi 1 surat. Kena balas. Kalau nombor dua, bagi dua surat.. Kalau nombor tujuh, dapatlah tujuh surat.. Balas tau. Ada ubi ada batas, sudah baca harap balas”

Tengkorak diaaaa.. Dah lah prestasi belajar di sekolah rendah tak memberangsangkan. Naseb baik kejadian tak berlaku waktu darjah lima sebab darjah lima saya dapat nombor tiga puluh sembilan... Bayangkanlah kalau tiga puluh sembilan surat tu macam mana seksa nak balas. Tapi saya tak dapat surat dah lepas tu.. Tak ingat lah dapat nombor berapa.. Mungkin tersingkir dari peperiksaan agaknya sebab tu tak dapat surat.. Atau dia sendiri gagal menyiapkan surat sebanyak nombor peperiksaan. Boleh jadi juga.

Percintaan tanpa hala tuju akhirnya berakhir di tingkatan dua. Sedang orang lain dibuai asyiknya cerita Winter Sonata, kami akhirnya bercerai jua, ceewah... HAHAHA.. Sejak dari itu saya menjadi addicted dengan lagu Siti Nurhaliza.. Mengenang naseb setiap malam.. Sebenarnya tak sedih sangat sebab perempuan memang ramai dalam dunia.. Tapi sengaja mencari sedih. Banyak menonton cerita Melayu macam ni lah jadinya... Tak ada jiwa kental. Jadi adik-adik, jangan diikutkan sangat perasaan sewaktu remaja. Kerana zaman remaja itu sangat annoying keadaannya.. Semua benda nak cuba.. Semua benda nak suka kalau boleh semua perempuan cantik dia nak lamar jadi isteri nanti lima belas tahun lagi. Tapi kalau bercinta waktu darjah dua tu siapa nak jawab?

Hye Facebookers!

Followers

Recent Comments

Powered by Disqus