Saturday, December 25, 2010

KOTAK LETAK KOTAK JATUH

Share
Kalau anda seorang student, atau seorang pekerja yang selalu menaip, tak kira lah menaip assignments ke, menaip surat, membuat slide presentation atau apa-apa lagi kerja yang memerlukan pendrive untuk dibawa ke sana sini, mungkin anda pernah mengalami situasi yang tak seronok macam tertinggal pendrive, pendrive tak boleh detect kat PC lecture hall, pendrive tetiba masuk virus lepas tu cucuk kat laptop sendiri terus virus beranak pinak dan berpesta pora di dalam PC... Selalu terjadi kan? Atau lebih malang, tak simpan dalam pendrive pon, dah buat assignment 80 muka surat, tetiba laptop rosak.. Mesti anda meroyan kan? Baik lah..
Kalau anda dah tahu Dropbox neh apa benda, boleh lah scroll untuk entry lama.. Tapi untuk yang belum tahu..., ini lah Dropbox.. T___T Dropbox neh berfungsi menyimpan segala dokumen di alam maya.. Contoh anda tengah buat assignment, anda boleh terus simpan dalam Dropbox, dan boleh mengakses data tersebot di mana-mana.. Apa kata anda register dulu dekat sini.. :)

Tak susah.. Macam biasa, register dan kemudian verify email.. Itu saja.. Kemudian, sebaik anda login, boleh download Dropbox neh ke PC anda.. Ada fungsi okay... Tak berat, setakat 23MB saja..


Icon Dropbox pada desktop

Okay, selepas anda download dropbox, anda boleh klik pada icon dia, dan terus ke folder Dropbox..



Folder neh nampak berfungsi macam folder-folder biasa.. Tapi apa yang luar biasa, sebaik anda simpan dalam folder neh, dia akan terus upload file anda ke akaun dropbox anda where we can access it anywhere dengan meng'login' ke dalam akaun dropbox. Senang kan?


Interface Dropbox. Apa yang ada dalam folder Dropbox korang, akan ada dekat sini.


It's FREE.. Andai kata anda register, anda akan dapat 2GB untuk storage.. Dan, kalau anda invite kawan-kawan lain, setiap seorang yang register dan download dropbox neh, anda akan dapat 250MB percuma sampai la storage anda mencapai 8GB.. See? Tak payah beli pendrive dah.. Jimat duit.

Apa kelebihan yang saya rasa pada Dropbox?:

1. Tak payah lagi susah-susah nak pakai pendrive untuk presentation. Kalau sebelum ni memang pendrive neh dibawa ke sana sini, cucuk dekat PC lecture hall yang belum tentu bebas virus, sekarang saya boleh access saja slide presentation saya dalam dropbox guna PC lecture hall.Pendrive selamat, kerja senang!

2. In case saya surf internet di mana-mana, tetiba ada benda yang saya suka, berguna atau berminat nak ambik macam MP3, artikel atau apa-apa saja, dan saya terlupa bawak pendrive, maka saya akan terussss upload benda-benda tu semua ke dalam akaun dropbox. Bila dah upload, automatik, folder dropbox dalam laptop/PC anda akan terus terupdate! Anda boleh tengok balik file-file tersebot dalam folder anda di PC/laptop sendiri dekat rumah! :)

3. Boleh share file-file tu dengan kawan-kawan kalau nak. Saya buat 1 album SHARE, dan saya boleh hantar apa-apa file kepada rakan-rakan yang ada dropbox, dengan cara meletakkan file-file tersebot di dalam folder 'SHARE' yang saya buat tadi. Lepas tu diaorang boleh terus tengok file-file tersebot dalam folder dropbox dalam laptop/PC diaorang sendiri! Lebih senang dari hantar guna email kann? Takyah login-login bagai... Ya Allah, senangnyeee...

4. JIMAT takyah beli pendrive dah.. :p

So, boleh register ye kawan-kawan..

Hye Facebookers!

Followers

Recent Comments

Powered by Disqus