Thursday, December 16, 2010

MARI MENJADI PENGOMEN

Share

Selepas berhempas pulas mencuba, akhirnya saya berjaya menggunakan Disqus Commenting System dekat belog. Kenapa pilih Disqus? Sebab ada banyak sebab.. Ia menjadikan aktiviti komen-mengomen lebih fun dan meriangkan. Anda boleh reply komen orang lain, boleh like komen orang lain, nak like komen sendiri kalau terasa komen sendiri best pon masih boleh. Err.. Tapi jangan melampau sangat setiap kali komen lepas tu like sendiri.., kang bann kang.. HAHAHA.. Mungkin anda tak biasa sangat dengan sistem neh.. Sebab sepanjang berblogwalking ke belog-belog blogspot, cuma baru jumpa 2 belog saja yang gunakan sistem neh. Tak apa, demi tidak melepaskan komen-komen berharga anda, mari saya ajar sedikit macam mana nak komen entry dengan Disqus.

Pertamanya, sebelum berkomen mesti kena tulis komen. Ini tak boleh lupa.. Kalau.. tak tulis komen, mesti lah tak akan dapat komen @$%&*@$*.. Perlu diingat, komen yang ditulis mesti lah dengan adab. Kita kan orang Melayu penuh dengan adab. Kalau anda bukan Melayu pon kena lah ada adab. Kan dekat sekolah hari-hari nyanyi lagu Budi Bahasa Budaya Kita?............... Tak? Oke fine.. Move.. T____T

Selepas selesai menulis komen, boleh tekan butang “Post as...” dan kemudian keluarlah tetingkap seperti di atas. Dalam tetingkap ini anda boleh pilih untuk menjadi pengkomen berbentuk apa. Anda boleh guna email dan username saja tapi pemilihan ini nampak kurang bergaya. Sebab nanti bila post, avatar anda berbentuk lelaki kepala tutup dengan kotak. Even anda perempuan pon dia tetap keluar gambar lelaki. (Banyak cantik nak detect kau ni perempuan ke tak perempuan) KECUALI anda pernah mendaftar dengan GRAVATAR. Bila anda pernah register dengan GRAVATAR, mana-mana tempat anda bawak pon, bila bubuh email, automatik akan keluar avatar yang sama.

Pilihan paling mudah adalah memilih untuk menggunakan akaun FACEBOOK. Kalau anda ada akaun-akaun lain seperti yang tersedia dalam form itu pon boleh cuba juga. Selesai itu semua, tekan saja "Post comment". Haa... Kan senang.. Cuak betul bila nampak comment form lain macam hahahaha. Macam yang saya cakap tadi, anda boleh like atau reply komen orang juga. Sila tekan "like" untuk suka atau "reply" untuk berdebat.. Jangan tekan reply lepas tu cakap “I like this comment! Sukanya! Sukanya!”, tak payah susah-susah.. T____T Dah faham semua.. ? Pandai anak murid cekgu.. :) Terai test sket!

Hye Facebookers!

Followers

Recent Comments

Powered by Disqus