Sunday, December 5, 2010

SO WHAT, STALKERS??!

Share

Emm.. Nak mula dekat mana... Okay, kita cerita pasal blogging.. Blogger dan stalker macam irama dan lagu.. They will never be separated.. Sometimes they are stalking in a good way, but sometimes they don’t. It is almost 6 years since my first entry was published in my blog.. Okay, gunakan bahasa kebangsaan, so then semua orang akan faham termasuk para stalker yang budiman.... dan tak budiman. Ehem.. Oh, stalker tu apa? Itu adalah makhluk yang memerhatikan kita secara senyap yang kadang-kadang berniat untuk mengintai kehidupan kita, tapi malu nak tegur, tapi most of the stalkers berniat nak serang kita. Okay, ini yang blogger kena tanggung. Bab kena serang dengan stalker tanpa arah tuju dan sebab musabab. Tapi saya suka, sebab tu tak pernah moderate komen. Sebab apa suka?

Sebab saya suka biar orang tengok betapa rendahnya moral para stalker yang suka serang menyerang orang menggunakan medium paling tidak bermaruah dalam dunia – blog orang yang diserang. Dah lah serang orang, lepas tu guna blog orang yang kita nak serang.. Gila loser, miskin tak ada blog ke apa... At least, kalau buat dekat blog sendiri, orang tak adalah rasa; “Eh, kau ni bodoh lah, dah lah masuk belog orang tetiba nak maki hamun tuan punya belog. Sungguh tak ada adab.”... Haa.. Sepanjang 6 tahun berblogging, diserang manusia jenis tak ada maruah ni dah jadi asam garam.. Perkara paling penting, tak payah cepat sangat melatah.. Dan untuk para stalker pulak, tak payah korbankan air muka nak serang-serang orang.. Dan tak payah lah pulak nak rajen sangat baca blog orang yang anda benci. Heh.

Pada saya, stalker jenis tak ada adab ni berpenyakit dengki. Dengki dengan kehidupan orang lain yang bahag ia.. Sebab tu kita tengok, komen-komen stalker ni kebanyakannya terlekat dekat entry-entry bersifat heaven. Kalau entry maki hamun dia tak nak letak komen.. Dia gelak sorang-sorang. Heh, gila. Lepas tu lagi parah bila kita buat entry serangan balas, lagi lah dia terkinja-kinja tak cukup tanah nak serang orang tu balik. Lawak tak? Kadang-kadang saya pon tak faham, kenapa stalker-stalker jenis ini excited gila nak bukak blog kita.. Lebih excited dari follower-follo wer yang ada air muka yang tak jatuh-jatuh. Stalker yang tak ada air muka sebab dah tertu mpah-tumpah (dah lah tak ada air muka, tumpah pulak lagi, gila kering muka stalker macam neh hahahaha) pulak yang menggila pergi usya entry setiap kali blog terkemas kini..

Saya tak terjejas. Sumpah tak ada rasa sikit pon terjejas kalau ada orang meroyan tiba-tiba dalam blog. Selain mereka neh meningkatkan traffic blog yang sekali gus meningkatkan tabungan dekat nuffnang (HAHAHA), saya juga akan mendapat bekalan akhirat secara percuma. Komen makian bukan susah nak buang.. One click remover maa.. Lagi-lagi kalau blogger tersebot guna comment moderation, lagi sia-sia usaha stalker sawan macam neh.. HAHAHA. Dah lah taip sikit punya panjang dengan hati tidak bersih, tapi hajat tak kesampaian bila “Your comment is awaiting moderation.”...... Apa dia tulis cuma dia dengan tuan blog saja nampak, lepas tu sah-sah kena delete.. Tak putus asa? Bagus, tapi bodoh. Heh. Boleh cuba lah kalau anda ada stamina jari yang sungguh gagah dan hati yang memang membara dibakar semangat syaitoooonnn..

Bloggers, kalau blog anda dijangkiti parasit-parasit rendah harga diri, tak perlu fikir. Keluarkan saja entry-entry heaven biar dia sakit hati.. HAHAHA. Sekarang secara konklusinya, memang stalkers jenis ini yang saket hati dulu. Dah sakit hati, ada hati nak menyakitkan hati tuan punya blog. Jadi sebagai tuan rumah, kita tak payah kasi muka dekat pengunjung tak ada adab. Dah lah tak ada air muka, tetiba nak kasi muka.. Tak payah, tak payah.. Kasi fire, cukup. Lagi buang masa kalau layan dia.. Dalam dunia ni ada banyak benda indah-indah boleh buat selain melayan stalkers sawan-sawan macam ini.. Penyakit jangan dilayan, nanti merebak.

For those yang jadi stalker dengan penuh adab, saya ucapkan terima kasih.. Sila stalk lagi. Heh!

Hye Facebookers!

Followers

Recent Comments

Powered by Disqus